Next
Next

Top 5 Rumah Hantu Perfect for Instagram Dates!

Top 5 Rumah Hantu Perfect for Instagram Dates!
Sep 29, 2018
12:13 pm

by Zarul

Title : Top 5 Filem Seram Untuk di Tonton Halloween ini.

Siapa disini setuju bahawa produksi tempatan kekurangan filem genre hantu yang benar-benar seram di pawagam?

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan.

Di sini MYC! ada senarai 5 filem seram di MALAYSIA yang patut korang semua tengok.

  1. Al-Hijab (2011)

    ­  

    Rating : 5 Stars 

    Box Office : RM 2.24 juta

    Watching with : Friends/GF 

    Mood seram dibina menerusi penggunaan teknik kamera handheld yang menceritakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Walaupun berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

    Secara dasarnya daripada segi pemilihan tema, Al-hijab berjaya menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada karya biasa seperti kisah-kisah berkaitan saka ataupun ilmu hitam dengan mengangkat hijab iaitu keupayaan pandangan mata manusia melihat perkara ghaib.

    1. Niyang Rapik 2010

     

    Rating : 5 Stars

    Box Office : RM 3.72 juta

    Watching with : GF

    Niyang Rapik" tidak menunggu lama untuk 'beraksi' kerana sejak daripada permulaan filem korang sudah berasa berdebar-debar menanti babak seterusnya. Korang akan berteka-teki memikirkan apa sebenarnya yang berlaku saat Zack bersama-sama rakannya pertama kali menjejak kaki di kampung Niyang Rapik. Walaupun jalan ceritanya mudah dan agak bosan, namun twist yang diselitkan membuatkan penonton tidak mahu berganjak daripada kerusi.

    1. Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011)

     

    Rating : 4 Star

    Box Office : RM 8.08 juta

    Watching with : Friends

    Percubaan sulung Syamsul Yusof menggarah filem seram tidak disangka-sangka menjadi dengan sangat baik.

              Meskipun ada yang menyifatkan Khurafat adalah filem seram klise yang memomokkan penonton dengan penampakan lembaga, tetapi penceritaan dan cara ia dipersembahkan membuatkan Khurafat lebih berkualiti berbanding karya seram tanah air yang lain.

    1. Chermin (2007)

     

    Rating : 3 Star

    Box Office : RM 1.87 juta

    Watching with : GF

    Sebuah cermin sakti berpenunggu merasuk seorang wanita yang dibelenggu kemurungan selepas kemalangan. Chermin lakonan Deanna Yusoff sebagai Mastura dan Natasha Hudson sebagai Nasrin sangat membekas ingatan penonton. Penceritaa­­­nnya asli dan tersendiri, tidak mengulang pakai cerita-cerita mistis klise sedia ada.

    1. Jangan pandang belakang (2007)

     

    Rating : 3 Star

    Box Office : RM 6.33 juta

    Watching with : GF

    Menjadikan saka sebagai fokus, yang dilakonkan Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan dan Ruminah Sidek sememangnya mempunyai formula lengkap untuk karya bergenre seram.

     

    Syaitan yang menguasai hidup manusia selama beberapa keturunan lamanya. Syaitan ini menghantui anak cucu manusia yang membuat perjanjian tersebut untuk meneruskan perjanjian, untuk merasuki dan menghuni tubuh anak cucu manusia.

     

    Babak paling mencemaskan semestinya ketika Pierre mendukung neneknya (Ruminah) ke dalam bilik, tetapi sebenarnya neneknya sedang nyenyak tidur di atas katil. JPB memang seram untuk mereka yang sukakan filem yang memunculkan hantu dengan kerap.

Bryan Lim good job

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now