Next
Next

Top 5 Rumah Hantu Perfect for Instagram Dates!

Top 5 Rumah Hantu Perfect for Instagram Dates!
Mitchell Wong
on Chill
Oct 8, 2018
11:07 am

by Zarul

*Kalau nak bagi lagi best, tekan butang play dan biarkan alunan muzik bermain sambil anda membaca.*

1. Ramai kata rumah ini kepunyaan Mona Fendy tapi masih tiada kesahihanya. Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah ini. Ada orang cerita rumah ini dahulu terbakar, orang gaji mati di dapur, ada orang cerita anak owner rumah ni mati di buaian dan macam-macam lagi.  Tapi apa yang diceritakan hanyalah cerita dari mulut ke mulut yang tiada bukti kesahihnya.

2. Ramai yang tahu tentang rumah sewa RM50 dekat Shah Alam ini kan. Cerita ini ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM. Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya diganggu di dalam rumah itu. Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari, tetapi banyak perkara yang mereka lalui. Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat.

3. Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan yang sangat menggemparkan satu ketika dulu. Tragedi nahas yang meragut 48 nyawa ni bermula apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, runtuh pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk di Malaysia . Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat. 

Selepas kejadian itu pelbagai perkara seram telah berlaku di tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan sering juga kedengaran suara wanita menangis di tengah kepekatan malam.

4. Kellie’s Castle merupakan destinasi pelancongan yang sering terjadinya peristiwa seram dan aneh.

 Dikatakan sekumpulan ahli naturalis saintifik dari Kanada yang mengadakan kajian tentang haiwan yang keluar pada waktu malam di kawasan berkenaan. Sekitar tengah malam, setelah selesai mengambil gambar, salah seorang anggota wanita pasukan tersebut dikatakan telah terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki berbangsa eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di istana berkenaan, lembaga tersebut dipercayai roh William Kellie Smith. Roh William Kellie Smith dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor bekas istananya itu.

5. Amber Court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri di Genting Highlands.

 Amber Court juga dikatakan mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang kononnya tempat menyimpan hantu kasino di Genting Highlands.

 Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti TV terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now