Next
Next

[BM] Coffee Lover, Apa yang dicari dalam secawan kopi mereka?

[BM] Coffee Lover, Apa yang dicari dalam secawan kopi mereka?
Mitchell Wong
on Food Explore
Oct 18, 2018
5:15 pm

by Zarul

Kebanyakan penggemar kopi mempunyai citarasa yang berbeza. Ada yang hanya minum kopi berdasarkan biji kopi tertentu, ada yang suka kopi yang strong, ada yang suka kopi dengan susu. Kalau  tanya, mesti dapat jawapan yang berbeza.

Bila cakap mengenai kopi, mesti ramai yang fikir, ada beza ke rasa kopi yang berkualiti dengan kopi yang biasa-biasa ni? Bila kopi itu datangnya dari biji kopi yang berkualiti mesti rasa dan aromanya memukau. Biji kopi yang bergred tinggi akan mempengaruhi rasa dan aroma kopi tersebut. Baru puas apabila menikmatinya!

Deria rasa kita ni dipengaruhi oleh benda yang kita bau, macam tu jugaklah dengan aroma kopi. Bagi mereka aroma dan rasa dari secawan kopi dapat menenangkan jiwa. Bila dapat kopi tu..perghhh hilang kejap semua masalah.

Kebanyakan orang gemar ke kafe yang mahal kerana terdapat pelbagai pilihan kopi. Siapa je yang tak suka rasa kopi yang rich, dibrew segar dari biji kopi berkualiti, desserts yang sedap tapi jangan lupa kopi kampung juga mempunyai rasa dan aromanya yang tersendiri.

Kalau korang nak tahu terdapat perbagai jenis kopi yang ada seperti espresso, latte, cappuccino, americano dan banyak lagi. Jadi korang kena juga tahu kopi yang mana sesuai dengan tekak korang tu.

Bagi yang tidak tahu menahu mengenai jenas kopi ini, jangan malu untuk bertanya pada barista untuk menerangkan lebih lanjut. Sayanglah kalau tersalah pilih kopi yang tidak kena dengan citarasa korang.

Reviews 0.0

No reviews yet.

Be the first to review!

MYC! App
Get Latest University
News & Updates
Install Now